Right

script language="JavaScript">

Friday 29 November 2013

Fattah Amin : Playboy Itu Suami Aku


Hi and assalamualaikum.

Korang actually aku tak ada pun ada rasa menyampah ke, benci ke or meluat dekat pelakon-pelakon PISA. Just nak tegur jer. Untuk pelakon2 lain please jadikan pengajaran. Bukan untuk pelakon drama Playboy Itu Suami Aku sahaja. Buktinya apa??


1. Aku follow twitter Fath. @fattahamin. Korang followlah real account.

2. Aku follow Instagram dia, fattahaminz. Real acc. Aku siap follow insta gf dia tau. Hehe. Bagi aku gf dia itu sesuai untuk dijadikan isteri. Moreover, girlfriend fattah amin tak sombong tau.

3. Lepas itu aku like fb dia

.
Aku suka pic ini. Love it,

Fattah Amin dan Nur Risteena
4. Yang paling dahsyat, aku letak gambar dia sebagai wallpaper. Kehkeh. Hebat betul penangan Hero Remaja 2012.
Fattah amin nampak lagi handsome kalau rambut dia macam kat PISA
Oppa nak tangkap gambar kita ek? Hehe Perasan!

Kelakarlah tengok muka dia masa fina mekap macam badut. Serius kelakar.

Gambar ini fan dia buat tau! Hebat tak? Nak buat jugak!

Aku dengar orang cakap Fattah Amin in dah makin kurus. Serius aku perasan dari gambar lama dia and sekarang. Kesiannya. Hope dia tak tertekan sangat dengan drama tapi FA patut belajar dari kesilapan. Dear Fattah Amin. think positive when they critic. Diorang nak terbaik untuk Fath. We always support you fattah! @TheFA_team, your gilfriend that always by your side and your fan too. :)

Thursday 28 November 2013

Playboy Itu Suami Aku

Hi and assalamualaikum! :)


Dah lama tak update blog kesayangan aku ini. Hihi. Okay. Aku nak cerita pasal Playboy Itu Suami Aku?! Apa yang aku boleh katakan drama itu tak best. Maybe, aku terlalu hope sangat kut. No wonder,  coz  actor and actress dia still new especially Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong and another else. Ok aku nak komen sikit mengenai lakonan diorang ini.

1. Fattah Amin (handsome guys)

  Ok bagi aku rupa dia memanglah cukup untuk jadi playboy. Cuma satu je mata dia! Lagi satu bagi aku antara ciri-ciri playboy itu mestilah macho bukan GATAL. Bukan ke playboy itu sepatutnya girls yang cari dia, tapi dalam ini aku tengok macam gatal semacam  jew. 

 Second, bagi aku dia ni tak berapa bagus sangat dalam berlakon although he has a good looking. Lepas itu, aku tengok dia tak sesuai lah pegang watak playboy ini. Serious aku cakap weh. Tak sesuai. Aku rasa yang sesuai macam Azlee Khairi, sebut pasal dia ini rindu pula dekat LYMA.

Handsome tak? Haha, gatal!
Ok, masa tu ada promo LYMA dekat tv. Adalah Azlee Khairi cakap lebih kurang macam ini lah katanya;
Dia kata kena serius berlakon dalam drama LYMA itu coz itu drama diadaptasikan. Banyak yang terlalu mengharap. Serius best weh, LYMA. Bagi aku cerita dalam drama ini lebih hebat dari novel. Aku dah baca ok, novel itu.

So, maknanya Fattah Amin ni tak berapa pandai berlakon sebagai playboy atau dia tidak bersungguh-sunggguh? Ok, up to you guys. Masa mula-mula first tayang itu kan boleh dikatakan ramailah juga kritik dia, kesian dia. Tapi tak kita bagi peluang dekat FA ok? :)


2. Nur Risteena

Ok, lakonan dia memang ok. Cuma macam sebelum ini  aku cakaplah dalam novel itu fina pakai tudung bukan 
free hair! Ramai pembaca novel ini kecewa ok. FAKTA. Aku rasa dia ini sesuai watak nerd kut. 


Dia cantik bila mekap tebal kut. Don't know
.







3. Cha Cha Maembong

Bagi aku dia dalam novel gedik terlebih dos tahu tak. Dalam novel itu mana ada Fisya gedik macam itu. Kalau korang perhatikan, ramai kut tak suka dekat dia. Persoalannya, bukanlah disebabkan dia good in acting. Tapi GEDIK TERLEBIH DOS. Menyampah aku. Tapi tak menyampah lah dekat Cha Cha. Fisya dalam drama jew..


Ok itu je aku nak komen bagi pelakon drama ini. Sedikit kecewa sebab dalam drama ini banyak sangat bezanya dalam novel. Dari perwatakan sampailah soal rumah si King ini yang sepatutnya mewah. Condo ok. Aku pun sebernanya dah tak layan dah cerita ini. Dekat fb n twitter tadi diorang cakap ada peningkatan. Entah... Apa pun sepatutnya produksi perlulah bersungguh-sungguh bukan main tangkap muat je. And, sepatutnya setiap pelakon WAJIB baca novel ini sampai habis. 


Tuesday 5 November 2013

Nak Cantik?: Penjagaan kulit asas : Basic Skin Care

 Hi and assalamualaikum.

  Hari ini aku nak share mengenai penjagaan kulit. Ada yang tanya macam mana aku jaga kulit. Ececeh, macam poyo je. Hihi. Ok, first yang korang kena buat adalah:

1. Bagi adik2 yang still kecil lagi bawah 16 mungkin especially yang masih sekolah rendah itu. Kalau boleh janganlah pakai make up. Mesti korang pernah curi2 pakai make up mak korang kan? Ha, sape itu? Hihi. Maksud make up aku tadi adalah macam alatan di bawah ini

Inilah item yang aku maksudkan. Boleh pakai tapi...

Kena cuci make up pakai remover 
Ha, tonyoh betul2 bagi bersih-bersih. :D

2. Tip kedua. Bila keluar rumah itu make sure korang pakai sunscreen protection, sunblock bla-bla whatever.
Walaupun duduk kat rumah, kena pakai jugak! Sebab matahari boleh tembus. Lainlah kalau korang duduk kat negara sejuk.. Tapi negara sejuk ini pun kena pakai juga. Pakai apa? Pakai moisturizer. Lecehnya. Ha, kalau nak cantik kenalah pakai. Kalau tak nak better tak payah baca artikel ini. :P

Pakai jangan tak pakai. Kalau boleh dari kecik lagi pakai. Beli yang khas untuk kids.

3. Bagi yang agak remaja sikit itu, gunalah produk penjagaan kulit. Ikut kesesuaian kulit. Kalau kulit berjerawat dan berminyak belilah produk yang khas untuk kulit macam itu. Macam OXY, Nu Teen. Beli ikut kesesuaian umur. Macam remaja lebih sesuai untuk produk macam OXY bla-bla. Kalau yang tak ada masalah jerawat bolehlah pakai produk cerahkan kulit. Tapi...

kalau boleh beli daripada sumber yang dipercayai. AVOID NIGHT MARKET,UP TOWN, DOWNTOWN, bla-bla,,


Beli produk yang sesuai untuk kulit..



Kalau macam Safi Rania Gold ini lebih sesuai untuk yang ingin kekalkan keremajaan kulit. 


4. Jangan picit jerawat! Walau sebesar mana jerawat itu! Kalau korang picit juga nanti muka korang berlubang-lubang. Ada parut mungkin, kesan hitam mungkin, jerawat semakin bertambah! Oh, no! Kalau nak elakkan jerawat letak cream khas untuk hilangkan jerawat, lama-lama hilang.


Stop it! Jangan picit!

5. Sebelum tidur itu, basuhlah muka dengan air jangan basuh dengan air oren pulak! LOL. Rajin2 kan lah basuh muka sebelum tidur. So tunggu apa lagi? Amalkan selalu. Mula2 memang tak biasa tapi lama-lama InsyaAllah akan biasa.


Bestnya kalau dapat basuh muka masa panas2. Tapi, JANGAN. Tak pasal-pasal ada pulak yang berkurap.


So, amalkan ya! Hope dapat bantu korang menyerlahkan lagi kecantikan korang. :)
Mekap biarlah berpada-pada. ;)

                                                                     -XOXO-


Sunday 3 November 2013

Playboy Itu Suami Aku Drama!

 Hi and assalamualaikum.

Bagi korang yang tak ada fb ke. -Ada ke yang tak ada fb- Ok aku akan share kat korang antara scene yang ada masa Drama Playboy Itu Suami Aku. Tapi kalau tak ada jangan marah pula! Aku ambil dari fb Bila Suri Ryana Menaip. Hehe sorry kak suri.



This 11 Nov!
OMG! OMG! Melting,melting! -asal kau gatal sangat!-
Fina dalam novel bit different dengan drama.
Apa marah-marah ini? 

Eh..eh nasib baik ada orang sambut.. hehe


ini antara part dalam drama itu


Amacam ada tak ala-ala mr. arrogant. Eh but this playboy not mr. arrogant.


Sorrylah menggedik sikit..hehe.  Eh, sikit ke? :P
Jangan lupa watch this drama on 11 November 2013 at TV3 7 untill 8 pm. Solat jangan diabaikan. :)

Saturday 2 November 2013

Playboy itu Suami Aku Drama!

Hi and assalamualaikum.

Fina, mama,Fisya

Weh sorrylah banyak sangat. Aku nak sekalikan. Tapi entah mengapakah blog kesayangan saya ini buat hal pula. -Ceh, ayat skema habis- Okey berbalik kepada novel tadi, sepatutnya Fina atau nama pelakonnya Nur Risteena kena pakai tudung kalau ikutkan dalam novelnya. Tapi dalam dramanya, dia free hair. Den tak tahulah konflik apa yang melanda. So, ada yang tak puas hati. Tapi nak buat macam mana.. Hmm, tak apalah it just drama. Lagipun, diorang dah start scene nya tak akan nak suruh nak diorang buat balik semula kut? Siapa nak nak jadi director nanti? Aku? Memang taklah! Hehe

Oh, lupa lak nak beritahu. Fisya ini merupakan kembar Fina lakonan Chacha Maembong. Dia pegang watak antagonis dalam cerita ini.

Fina: Fina ini nerd sikit dalam cerita ini, baik hati tapi ada sesuatu yang membuatkan dia melakukan transformation terhadap diri dia.Alah, macam ala-ala cinderella. Nak tahu kenapa? Belilah novel ini atau tunggu je sampai habis citer ini.. Hehe

King: King ini merupakan playboy walaupun sudah ada isteri yang baik Tapi King ini baik hati tau sebernanya. Actually ada sesuatu yang membuatkan dia menjadi playboy aka buaya tembaga ini. Hehe

Fisya: Dia merupakan kembar Fina. Fisya ini turut nenyukai King walaupun dia tahu kembarnya sendiri sudah berkahwin dengan jejaka idamannya

Playboy itu suami aku drama!

Hi and assalamualaikum.

Novel Playboy itu suami aku best tau! Korang belilah, aku tak beli lagi sebab tak nampak pun dekat MPH. :(  Kalau korang nak tahu serba sedikit pasal novel ini korang bukalah blog penulisnya. Just taip je Suri Ryana. Tak pun korang boleh pergi group dekat fb Bila Suri Ryana Menaip. Kat situ banyak informationnya.

Belilah novel ini! Best tau! Penulisnya Suri Ryana siap dapat award lagi tau! Korang ada? :P

Playboy Itu Suami Aku Drama!

Hi and assalamualaikum.

Okay, korang aku nak cerita pasal Playboy Itu Suami Aku. Cerita ini bakal ditayangkan di TV3. Macam biasalah pukul 7-8 malam. Confirm cerita ini ganti Love You Mr Arrogant. Cerita ini start pada 11 Nov 2013. Weh, aku tak sabar gila nak tengok!

Handsome gila weh! OMG!
Sesuai tak diorang berdua ini kalau sesuai sangat aku jealous weh! :P


Kipas Susah Mati

Hi and assalamualaikum.



Agak-agak lah kan macam mana rupa kipas susah mati ini? LOL


Mesti korang pernah dengarkan istilah 'kipas susah mati' ini? Kalau tak pernah dengar pun tak pe. It's okay guys ini korang dah dengar lah ini. -_- Okay first time aku dengar 'kipas susah mati' ini. LOL. Ayat apakah ini. Actually, kipas susah mati ini maksudnya DIE HARD FAN. 

Lorh, itu je ke maksudnya. Ye lah inilah istilahnya. Habis itu nak macam mana lagi? :P
Agak-agak ada tak di antara korang ini jadi 'kipas susah mati' big bang ke? Lady Gaga? -LOL nak buat apa pula dengan si Lady Gaga ini?- Taylor Swift?

Aku ini kalau minat seseorang tak adalah sampai 'kipas susah mati sangat'. Berpada-padalah. Islam kan mengajar kita bersederhana.

Baiklah Ustazah Neesya :P